Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Saturday, November 26, 2011

Crochet

Weekend ni dalam mood kreatif...haha. Oleh sebab semenjak dua menjak ni aku asyik search blog2 kraftangan yangg semuanya cute miut, perasaan nak mencuba tu memang tinggi. Dari dulu aku memang suka kerja2 kraf ni terutama yg comel. Antara kraft yang menarik perhatian aku ialah kraft yang menggunakan material felt. Macam2 yg kita boleh buat dari material ni semua terpulang pada daya imaginasi dan kreativiti kita sendiri. Cuma masalahnya aku tak tau mana nk cari felt ni sekarang (sebenarnya malas nak keluar survey/cari), tapi tangan dah gatal2 nak buat sesuatu jugak..hahaha

Then aku teringat pada bulu kambing yang ada balance dari aktiviti yang lepas. Haha nanti cite apa yang aku buat dalam aktiviti lepas. Yang ni aktivi baru tadi,korek2 ada banyak lagi balance yarn aku rupanya. So aku start cari kat internet crochet apa yang aku nak buat, tetiba aku tengok bunga kecik yang comel lagi kiut ni. Bunga ni kita boleh pelbagai gunakan samaada nak letak as brooch or nak buat klip rambut or key chain or apa2 la. Aku pun start memulakan aktiviti sihat ni..haha tak lama pun nak siapkan satu bunga ni as aku memang dah agak mahir mengait (waah riak ni)..Jeng jeng jeng hasilnya...

Taraaaa



So kalau letak kat hair clip lebih kurang camni la kot (ni ala2 je)



Kira ok la untuk pertama kali buat kan..ok now kita cite yarn ni lebih dari projek apa..haha ni projek pertama untuk buat amigurumi..sebenarnya aku nak buat lain tapi yang jadi lain pulak.. jangan gelak tau.. aku sebenar nak buat macam ni



Comel kan...aku dah buat dah bentuk bulat dia..juling2 aku tengok pattern dia n kira satu2 tapi bila last part...telinga dia aku tak tau macam mana nak letak. Dari pening2, bulat pun bulat la. Nak tengok last2 dia jadi macam mana..haha ni la jadinya



Kelakar kan, dalam dia sepatut isi dengan fiber tapi oleh sebab fiber selalu jual dalam karung besar takkan aku nak beli kan. Aku buat ni untuk suka2 je, pikir punya pikir kepala otak aku bagi idea yang amat kreatif..Aku sumbat dengan fiber putih yang selalu untuk filter akuarium tu. Kebetulan rumah aku memang ada akurium so aku rembat la dulu (free la kan takyah keluar beli). Jadilah rupa bentuk macam tu..nak kata bulat tak berapa nak bulat, oval pun bukan..nama dia bentuk ikut suka..huahuahua

Next projek yang aku rasa nak buat adalah ni...




Comel gilez kan..Tapi aku tengok pattern dia tadi agak mencabar jugak. Try yang kecik dalam cup tu dulu ok la kan sebelum buat yang besar. Sikit2 lama2 dari besar juga. Wah tak sabar lak nak try..Yarn aku ada beberapa kaler lagi ni tp button or mata tu takde lak..hmmm or maybe aku boleh buat macam apam polcadot tu kan. Sekarang tengah glamer apam tu, cuma aku punya apam ni gerenti tak basi2..hahaha menarik tu. Kena mencabar otak lagi supaya banyak lagi idea kreatif yang boleh keluar..

Sekarang kena rehatkan otak. Jom pegi lepak la....

Tuesday, November 15, 2011

Chipsmore

Hahaha bila sebut je pasal chipsmore mesti semua org akan ingat tagline dia 'kejap ada, kejap takde'...sama mcm blog aku ni la. Aku bukan seorang penulis yang baik, sebab tu blog ni jadi macam ni. Aku tulis hanya untuk suka2 and more untuk diri aku sendiri sebenarnya..haha

Ada banyak benda yang aku rasa nk tulis and kongsi tapi tak tau macam mana n dari mana nak mula. Mungkin boleh start dari tempat kerja. Makin lama tempat ni makin suram n mood aku pun makin suram..puncanya sebab ramai yg dah meninggalkan tempat ni especially yg senior. Hanya tinggal beberapa orang je senior citizen haha yg lain semua budak baru. Semangat aku pun makin lama makin down..dah macam lampu ultramen yg dah blinking2..tet tet tet tet. I need new environment i think, tapi rasa sayang pulak nak tinggal tempat ni. Tempat ni dah ajar aku macam2 benda, dari aku zero until where i stand now. Bukan nak jadi kacang lupa kulit tapi for my own good n better future.

Talking about future, macam2 yang dah plan cuma nk capai n usaha untuk mencapai tu yg harus di fokuskan sekarang. entry ni dah belit2 macam belut kena garam..haha apa2 je la..

untuk memberi semangat

Cayok2 ... Usaha tangga kejayaan
p/s : boleh ke agak aku dapat rumah macam ni..yea think positif

Monday, July 18, 2011

Hobby 4




4) Jalan-Jalan

Haaa ni pun hobi yang best...hiihi jalan2 ni tak semestinya memerlukan kos yg tinggi..kadang kalau kita pandai plan..dengan budget kecik pun kita still boleh jalan2 n enjoy. Jalan2 ni tak semestinya tmpat2 peranginan or percutian, can be jalan kat shopping mall or tempat yg kita tak pernah or jarang prgi selama ni. Untuk segmen jalan2 selalunya aku ada bucket list yg aku buat pada awal taun..kira planning la untuk taun ni aku nk g mana or plan nk g mana. selalu nya list ni mmg panjang la.hihi tp tak semestinya semua yg ada dlm list tu dapat pergi pun..kta hanya merancang but d end tak semua yg kita idam tu kita akan dapat kan...

Ada tempat yg aku akan pergi tiap taun or acara tahunan la..ada yg selalu pergi sebab dekat n easy...kalau kos tinggi tu kena plan betul2 la..

Tempat yg aku g setaun skali ialah camron la..kredit to uncle n sister yg akan open tender untk semua member2 bagi memeriahkan banglo tu..tempat yg selesa n best untuk merehatkan badan n minda..sejuk n best je




Ni semua dari trip 2011 ni la...ada byk g pic (biasa la kan..hihi)

Tempat yg aku mmg byk kali pergi ialah melaka..tak tau apa yg best tp mmg selalu la pergi, maybe sebab dekat kot



Then, Nilai...Shopping sambil cuci mata, selalu kalau g nilai terus g rumah nida skali la..alang2 dah sampai sana kan..kadang tak beli apa pun..dah banyak sgt nk beli apa pun tak tau tp dah tau la mana kedai yg best2


Then lawat auto muzium kat sepang..sebelah F1 tu..skali je pegi tgk iklan cam menarik tp takde apa la..setakat habiskan masa terluang boleh la


Batu caves..hihihi ni pun boleh kira la..so far aku dah naik tangga batu caves tu 2 kali..nmpak dari bwh macam tinggi sgt..tp bila dah naik takla letih sgt


Lagi..bukit tinggi, pahang...tempat ni sebenar best untuk ambik gambar je tp rasa mcm tiap taun gak aku g..hahaha


Lagi...FRIM, ni dah lama tak pergi, dulu selalu gak...untuk exercise n menyihatkan badan disamping men'enjoy'kan diri naik canopy walk..rasa kena start pegi balik la...sape nk ikut angkat tangan..hihi


Lagi...genting, ni pun selalu tp kadang bkan nk g main game pun naik sini..kadang hanya nk rasa udara sejuk segar dia je


Lagi...Langkawi..waaah ni dah lama mmg teringin nk g langkawi..finally taun lepas berjaya gak smpai...kena plan another trip la tapi tak tau la bile..maybe next year, very beautiful place...cable car n sky bridge is awesome


waaa ada byk lagi tempat yg aku dah pegi rupanya..hihi waterfalls...laut..hutan..shopping mall, historical place n so on...rasa mcm ni aku kena bukak another segment ni..tempat yg menarik prnah aku g...so aku boleh tepek gambar byk skit untuk setiap tmpat tu..tak muat nk letak semua under hobi ni, sikit2 sudah la..haaa tunggula kemunculan segment tempat2 menarik tu ye kalau nk tgk byk lagi gambar..

kesimpulannya...hobi ni pun jatuh dalam kategori evergreen..hihi dulu, kini dan selamanya..............

Saturday, July 16, 2011

Hobby 3

3) Tengok Wayang

Haaa ni hobi paling best...hobi ni terbit dari zaman belajar lagi, masa dulu kalau hari rabu msti takde kelas (pepandai la arrange)..kaki tgk wayang ngan aku adalah emi aznon..hihihi kalau time gile kitorg dtg..start dr pagi..kluar satu cite masuk cite lain. tapi kitorang tak layan sgt citer cinta or cite melayu..hahaha slalu tgk action movie or cite hantu, jiwang2 ni kurang skit...

Bila dah kerja ni kurang skit la maybe masa pun terbatas..cewah..last movie yg aku tgk ialah transformer..hahaha aku tgk cite ni smpai 2 kali..ish2 rasa akan tgk kali ke-3 tak..hmmm itu dlm pertimbangan..LOL


Lepas ni kena tgk harry porter, n paling penting dan ditunggu tunggu adalah movie ni


Cite ni pasal budak perempuan ni di train oleh bapak dia (ex-cia), isolate dia dr smua org n train dia untuk jadi mcm bapak dia la...so budak ni sweet, young but yet deadly...haaa menarikkan

Hobby 2

Sambungan..

2) Baca Novel

Still hobi lama jugak iaitu baca novel...mesti org kata baca novel cinta la tu..hahaha tp selalu aku baca novel yg matang..bukan yg mcm ahadiat akashah tu..penulis yg aku paling suka tentunya norhayati berahim..kebanyakan novel dia berkisar pasal kehidupan dan semangat setiap watak...bahasa yg dia guna sangat menyenangkan, ada sesetengah penulis bahasa yg digunakan membuatkan makin takde mood nk teruskan...aku kalau dah dapat novel memang tak boleh stop mesti nak habiskan adakala smpai ke pagi tak tido pun takpe..kadang bahaya juga kalau hari bekerja tu kan..hihihi, setakat ni memang ada berpuluh2 koleksi novel dr norhayati berahim ni, oleh kerana dia org yg suka sgt travel maka dalam setiap novel digambarkan macam2 tempat di dunia ni.. walau aku tak pernah pergi tp dpt juga gambaran dan maklumat sedikit sebanyak pasal sesebuah negara or culture...dah jadi habit aku jugak untuk baca blog norhayati berahim ni setiap hari...cara dia tulis tentang aktiviti harian dia jugak mcm novel, jadi mcm baca novel pasal khidupan dia la..

antara koleksi NB..ada byk lagi


hihih yg dah kuning2 tu tandanya dah lama sgt berada dalam simpanan la,

Selain dari norhayati berahim, penulis yg boleh tahan jugak ialah fauziah ashari, sharifah abu salim...tapi sekarang dah ramai penulis baru yg berkcimpung dalam penulisan ni...mungkin kempen mari membaca kerajaan menggalakkan semua org membaca membuka peluang penulis baru ni semua berkarya..menjadi trend juga skrang ni untuk membuat drama adaptasi dari novel..

For me, aku boleh baca novel yg sama berpuluh2 kali sampai jalan cerita n semua watak dah boleh hafal..hihihi, kadang kalau time gile datang boleh baca dari pagi smpai malam...ish bahaya, tp skrg dah kurangla sebab maybe dah busy...

novel yg pernah menjadi bualan hangat di kalangan pembaca2 novel ialah novel ni



Ombak Rindu by fauziah ashari...haha tanya la pada pembaca novel tegar pasti semua tau pasal novel ni, dengarnya skrg novel ni dalam proses untuk diadaptasi jadi movie...Heroin dia Izzah n Hero dia Harris...sape dah baca novel ni mesti berangan2 untuk jumpa lelaki macam harris..hahahaha