Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Saturday, November 26, 2011

Crochet

Weekend ni dalam mood kreatif...haha. Oleh sebab semenjak dua menjak ni aku asyik search blog2 kraftangan yangg semuanya cute miut, perasaan nak mencuba tu memang tinggi. Dari dulu aku memang suka kerja2 kraf ni terutama yg comel. Antara kraft yang menarik perhatian aku ialah kraft yang menggunakan material felt. Macam2 yg kita boleh buat dari material ni semua terpulang pada daya imaginasi dan kreativiti kita sendiri. Cuma masalahnya aku tak tau mana nk cari felt ni sekarang (sebenarnya malas nak keluar survey/cari), tapi tangan dah gatal2 nak buat sesuatu jugak..hahaha

Then aku teringat pada bulu kambing yang ada balance dari aktiviti yang lepas. Haha nanti cite apa yang aku buat dalam aktiviti lepas. Yang ni aktivi baru tadi,korek2 ada banyak lagi balance yarn aku rupanya. So aku start cari kat internet crochet apa yang aku nak buat, tetiba aku tengok bunga kecik yang comel lagi kiut ni. Bunga ni kita boleh pelbagai gunakan samaada nak letak as brooch or nak buat klip rambut or key chain or apa2 la. Aku pun start memulakan aktiviti sihat ni..haha tak lama pun nak siapkan satu bunga ni as aku memang dah agak mahir mengait (waah riak ni)..Jeng jeng jeng hasilnya...

Taraaaa



So kalau letak kat hair clip lebih kurang camni la kot (ni ala2 je)



Kira ok la untuk pertama kali buat kan..ok now kita cite yarn ni lebih dari projek apa..haha ni projek pertama untuk buat amigurumi..sebenarnya aku nak buat lain tapi yang jadi lain pulak.. jangan gelak tau.. aku sebenar nak buat macam ni



Comel kan...aku dah buat dah bentuk bulat dia..juling2 aku tengok pattern dia n kira satu2 tapi bila last part...telinga dia aku tak tau macam mana nak letak. Dari pening2, bulat pun bulat la. Nak tengok last2 dia jadi macam mana..haha ni la jadinya



Kelakar kan, dalam dia sepatut isi dengan fiber tapi oleh sebab fiber selalu jual dalam karung besar takkan aku nak beli kan. Aku buat ni untuk suka2 je, pikir punya pikir kepala otak aku bagi idea yang amat kreatif..Aku sumbat dengan fiber putih yang selalu untuk filter akuarium tu. Kebetulan rumah aku memang ada akurium so aku rembat la dulu (free la kan takyah keluar beli). Jadilah rupa bentuk macam tu..nak kata bulat tak berapa nak bulat, oval pun bukan..nama dia bentuk ikut suka..huahuahua

Next projek yang aku rasa nak buat adalah ni...




Comel gilez kan..Tapi aku tengok pattern dia tadi agak mencabar jugak. Try yang kecik dalam cup tu dulu ok la kan sebelum buat yang besar. Sikit2 lama2 dari besar juga. Wah tak sabar lak nak try..Yarn aku ada beberapa kaler lagi ni tp button or mata tu takde lak..hmmm or maybe aku boleh buat macam apam polcadot tu kan. Sekarang tengah glamer apam tu, cuma aku punya apam ni gerenti tak basi2..hahaha menarik tu. Kena mencabar otak lagi supaya banyak lagi idea kreatif yang boleh keluar..

Sekarang kena rehatkan otak. Jom pegi lepak la....

Tuesday, November 15, 2011

Chipsmore

Hahaha bila sebut je pasal chipsmore mesti semua org akan ingat tagline dia 'kejap ada, kejap takde'...sama mcm blog aku ni la. Aku bukan seorang penulis yang baik, sebab tu blog ni jadi macam ni. Aku tulis hanya untuk suka2 and more untuk diri aku sendiri sebenarnya..haha

Ada banyak benda yang aku rasa nk tulis and kongsi tapi tak tau macam mana n dari mana nak mula. Mungkin boleh start dari tempat kerja. Makin lama tempat ni makin suram n mood aku pun makin suram..puncanya sebab ramai yg dah meninggalkan tempat ni especially yg senior. Hanya tinggal beberapa orang je senior citizen haha yg lain semua budak baru. Semangat aku pun makin lama makin down..dah macam lampu ultramen yg dah blinking2..tet tet tet tet. I need new environment i think, tapi rasa sayang pulak nak tinggal tempat ni. Tempat ni dah ajar aku macam2 benda, dari aku zero until where i stand now. Bukan nak jadi kacang lupa kulit tapi for my own good n better future.

Talking about future, macam2 yang dah plan cuma nk capai n usaha untuk mencapai tu yg harus di fokuskan sekarang. entry ni dah belit2 macam belut kena garam..haha apa2 je la..

untuk memberi semangat

Cayok2 ... Usaha tangga kejayaan
p/s : boleh ke agak aku dapat rumah macam ni..yea think positif